Monday, August 17, 2009

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai





















Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO telah diadakan pada 15 Ogos 2009 berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn PWTC. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Dato' Raja Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai. Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan penuh harmoni tanpa ada pertandingan.

Makan Buah Buahan Anjuran UMNO Lembah Pantai



























UMNO Lembah Pantai menganjurkan makan buah buahan pada 9 Ogos 2009. Bermacam macam buah buahan tempatan dapat di makan semua warga lembah pantai.

Tuesday, July 21, 2009

ANAK KECIL MAIN API

Wahai pemuda pemuda marilah sama2 kita hayati senikata lagu ini supaya maruah MELAYU tak akan tergadai di masa hadapan ke tangan bangsa asing

Anak Kecil Main Api

Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Sunday, July 12, 2009

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

100 Hari Pentadbiran Perdana Menteri


Hari ini genaplah 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai peneraju negara dengan membawa bukti bahawa kebolehan beliau sebagai seorang pemimpin tidak boleh dinafikan. Oleh itu Pemuda Flat 4 Tingkat ingin mengucapkan SYABAS di atas pentadbiran yang membawa menjadikan slogan 1Malaysia sebagai cabaran dan sanggup bersaing untuk berjaya agar tidak tersisih dari arus pembangunan perdana, Datuk Seri Najib juga turut menjanjikan keberkesanan satu Malaysia dengan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Harapan satu Malaysia telah dilakarkan dengan gambaran indah yang memungkinkan pengakhiran sempurna sekiranya ia mampu disempurnakan dengan lancar tanpa sebarang kecacatan.

Tahniah dan Syabas buat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kami semua Pemuda UMNO Flat 4 Tingkat Kg,Kerinchi..

Satu Malaysia Rakyat Diutamakan Pencapaian Didahulukan.


Sdr Lokman turut serta bersama dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai di dalam membuat laporan polis terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai berhubung dakwaannya yang mengatakan kebakaran di Bukit B, Kg.Kerinchi adalah perbuatan khianat dan sabotaj pihak-pihak tertentu.
Ketua Pemuda :- Lokman Hakim Bin Mat Tasi
Naib Ketua Pemuda : - Zahani Bin Sidek
Pen. Setiausaha : - Mohd Nazar Bin Othman
Pen. Bendahari : - Fauzi Bin Yahya
Ketua Penerangan : - Norazzam Bin Musa

A.J.K

Mohd Asri Bin Haji Zainuddin
Zamri Bin Abdul Malek
Razali Bin Ibrahim
Suffian Bin Bakri
Norazizi Bin Musa
Ramli Bin Sakkan
Mohd Azlan Bin Maarof
Zaini Bin Hassan
Mohd Shafiq Bin Ibrahim