Wednesday, May 11, 2011

ULANGTAHUN UMNO YANG KE 65 TAHUN

KUALA LUMPUR , 9 Mei – Rabu ini genap 65 tahun usia UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Bagi mengingati hari bersejarah itu, tunjang parti pemerintah itu akan mengadakan sambutan untuk meraikan Hari UMNO ke 65 tahun di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, seperti lazimnya, majlis itu akan bermula dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yassin, tahlil serta doa kesyukuran sebelum solat isyak di Surau Al-Rahman, PWTC.

Ia akan disusuli dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden parti, dan majlis penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang.

“Anugerah Tokoh Melayu Terbilang menampilkan satu kelainana apabila ia turut mengurniakan ‘Anugerah Tokoh Melayu Terbilang’ kepada wanita. Ia adalah sebagai penghargaan kepada wanita yang banyak menyumbang kepada negara memandangkan sebelum ini anugerah itu hanya dianugerahkan kepada golongan lelaki.

“Pada kali ini kita buat penambahbaikan untuk menghargai peranan wanita. Kita akan beri dua anugerah iaitu satu untuk Tokoh Lelaki Melayu Yang Terbilang dan Tokoh Wanita Melayu Yang Terbilang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata, orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis bersejarah itu. -MediaUMNO

Saturday, April 23, 2011

Gotong Royong di Rumah mangsa kebakaran


Lembah Pantai :Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar-Dato' Raja Nong Chik b. Raja Zainal Abidin
bersama-sama kepimpinan Pemuda serta Puteri dan Ajk UMNO Bahagian Lembah pantai telah hadir dalam program gotong royong membaik pulih rumah dan membersihkan kawasan kebakaran di Jalan Kubur, Pantai Dalam.




Sunday, April 17, 2011

Raja Nong Chik ,prihatin


Rumah terbakar di simpang tiga pantai dalam di jalan kubur
dan sebanyak 14 keluarga yang terlibat
di ucapkan takziah kepada mereka
Tahniah juga kepada Dato' Raja Nong Chik,
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang
turun melawat mangsa semalam selepas kejadian

Inilah contoh pemimpin yang prihatin,
tak perlu jadi wakil rakyat baru nak tunjuk
muka lawat orang yang ditimpa bencana.

Raja Nong Chik melawat mangsa kebakaran dan memberi sumbangan

Monday, April 11, 2011

sudah lama blog ini tidak di kemaskini
mungkin terlupa kot dan banyak kerja

Baru-baru ni UMNO Cawangan Flat 4 Tingkat telah
mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan
kehadiran dari penduduk dan ahli
amat menggalakkan & membanggakan.
Majlis tersebut di rasmikan oleh
Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar
Y.b Senator Raja Nong Chik



selain itu, di adakan juga Mesyuarat Agong
penubuhan Koperasi RPKK Berhad
kemasukan ahli juga memberangsangkan ,
Tahniah kepada penduduk Flat 4 Tkt kerana
telah maju setapak kehadapan